Maklumat Am
Apa kebaikan pilihan Keywealth sebagai penasihat kewangan?
Keywealth akan kerja sebagai penasihat kewangan peribadi anda untuk loan loan yang anda ingin buat bermula dari hari ini. Kita akan dapatkan tawaran yang terbagus antara semua bank yang ada di Malaysia yang paling sesuai untuk setiap individu berlainan.
Berapa lama untuk tahu keputusan applikasi?
Dengan semua dokumen yang diperlukan di hantar ke perunding kita, dalam masa 3-5 hari bekerja akan tahu status applikasi pinjaman tersebut. Dan perunding kita akan memberi apa-apa perkembangan yang ada kepada anda dari hari ke hari.
Bagaimana jika saya pernah buat pinjaman dengan Bank sebelum ini dan pernah ditolak?
Setiap Bank mempunyai system kelulusan tersendiri dan pelanggan sasaran setiap Bank adalah berlainan. Rangkaian kami meliputi kesemua 17 bank yang ada di Malaysia dan boleh dapatkan kelulusan pinjaman anda dengan tawaran yang terbagus.
Apa yang saya perlu buat jika saya berminat?
Anda hanya perlu tekan butang whatsapp sebelah kanan untuk hubungi kami atau isikan info asas di bawah halaman ini dan perunding kita akan berhubung dengan anda untuk memberi lebih informasi bagaimana kita boleh membantu anda.
Adakah saya dikenakan caj terdahulu apabila berhubung dengan Keywealth?
Anda tidak perlu buat apa-apa bayaran terdahulu. Keywealth sentiasa menesak dan membuat peringatan kepada semua bahawa jika ada mana-mana kompani perundingan kewangan yang meminta bayaran terdahulu sila batalkan perbualan dan tidak meneruskan kerana kebanyakkan perunding meminta pembayaran terdahulu semuanya adalah penipuan.
Adakah saya dikenakan caj selepas berjumpa dengan perunding Keywealth dan tidak meneruskan applikasi?
Kita memberi perundingan secara PERCUMA. Jika selepas perundingan dan pemahaman dan rasa pelan tidak sesuai, anda tidak perlu teruskan dan batal dan tidak akan dikenakan apa-apa caj. Malah, Keywealth misi adalah untuk memberi anda pengetahuan kewangan supaya setiap individu boleh lebih peka terhadap pinjaman pinjaman dan memahami situasi kewangan tersendiri.
Pembiayaan Pinjaman Rumah Semula
Bila kita boleh buat pembiayaan pinjaman rumah semula?
Pembiayaan pinjaman rumah semula boleh dibuat apabila nilai rumah semasa telah meningkat.
Apakah kos-kos yang terlibat apabila saya buat Pembiayaan Pinjaman Rumah Semula?
Standard kos untuk membuat pembiayaan pinjaman rumah semula adalah kos guaman dan kos juru nilai hartanah. Anggaran jumlah kos adalah dalam 2-3% daripada amaun pinjaman yang dibuat dan segala kos tersebut kami cadangkan masuk sekali dalam pinjaman supaya pemohon tidak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk pembayaran kos kos yang ada.
Berapa lama untuk proses bank untuk pengeluaran?
Ia bergantung kepada status geran anda. Secara ringkas, 1-3 bulan untuk hartanah pajakan selama-lamanya dan 3-6 bulan untuk hartanah pajakan 99 tahun.
Pengurusan Hutang
Bagaimana kita boleh pohon untuk applikasi pengurusan hutang?
Apabila anda mempunyai hutang yang banyak dan pembayaran bulanan yang banyak, anda boleh memohon hutang hutang yang sedia ada tukar kepada pembayaran pinjaman rumah supaya pembayaran menjadi terendah dan lebih fleksibel.
Apa hutang yang berbaloi untuk buat penyatuan hutang melalui pembiayaan rumah?
Pinjaman tanpa cagaran seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf dan pinjaman pinjaman yang berfaedah tinggi adalah sangat berbaloi untuk membuat penyatuan hutang.
Bagaimana jika saya ingin buat tetapi tidak mempunyai hartanah?
Anda boleh buat penyatuan hutang melalui pinjaman peribadi. Penyatuan hutang melalui pinjaman peribadi adalah berbaloi asalkan faedah yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada hutang hutang yang sedia ada.
Pinjaman Tanpa Cagaran
Bagaimana saya boleh dapatkan pinjaman daripada kad kredit?
Anda boleh keluarkan duit daripada limit kad kredit di mana-mana mesin ATM atau walk-in ke cawangan-cawangan perbankan.
Apa kebaikan dapatkan pinjaman daripada kad kredit berbanding dengan pinjaman peribadi?
Pendahuluan tunai kad kredit boleh dapat dengan segera berbanding dengan pinjaman peribadi memerlukan dokumen untuk proses kelulusan. Dan amaun pendahuluan tunai tinggi bergantung kepada limit kad kredit berbanding dengan penilaian semula amaun kelulusan untuk pinjaman peribadi berdasarkan kelayakan pemohon.
Boleh saya pohon untuk pinjaman bank tanpa cagaran jika saya tidak mempunyai apa-apa pinjaman sebelum ini?
Pemohon yang tidak mempunyai pinjaman dengan bank adalah sukar untuk mendapatkan pinjaman tanpa cagaran. Adalah digalakkan untuk mendapatkan kad kredit dan mendapatkan pinjaman daripada limit kad kredit tersebut.