En Amir, 30 years old (Merlimau, Melaka)

En Amir hubungi company kita pada awal bulan 2 tahun 2020 utk mendapatkan refinance rumah. Masa itu pagi dia kena kerja dan malam pula akan buat part-time jual sport shoes. Walaupun kerja sebagai site supervisor dengan gaji RM4,000++ setiap bulan boleh dikatakan agak selesa, tetapi En Amir amat bertekad bahawa dia ingin jadi full-time usahawan. En Amir rasa setiap usaha yang diberikan patut dikurniakan dengan hasil yang setimpal. Dia rasa usaha2 hanya dihargai separuh oleh majikan dengan pembayaran gaji tetap bulanan tidak kira prestasi. Dia memang sangat bekerjasama dan berdedikasi utk mendapatkan pinjaman rumah semula supaya boleh memperkembangkan business dia tersendiri. Dengan cash out yang dia dapat, En Amir boleh tunaikan hasratnya dan menjadi full time usahawan tahun ini juga!

En Halim, 37 years old (Sungai Buloh, Selangor)

En Halim berhubung dengan kita melalui member dia (existing client Keywealth). Dia memberitahu bahawa dia tersilap beli sebuah rumah pada awal tahun 2019 akibat ikuti guru-guru hartanah dan menyebabkan hutang2 telah meningkat secara mendadak. Bukan sahaja loan rumah kedua ini memberatkan komitmen bulanan, dia terpaksa mendapatkan pinjaman peribadi daripada Bank dan kredit kad yang dia ada pun telah habis guna utk menapung perbelanjaan bulanan. Setelah beberapa bulan kita uruskan utk dia dengan memperbaiki dokumen2 dan komitmen2 yang dia ada, akhirnya pada awal bulan 2, 2020 kita dapat refinancing rumah utk menyusun semula segala hutang2 yang En Halim ada dan pada masa yang sama mempunyai cash yang secukupnya utk mengatasi masalah2 komitmen dia. Juga diserta dengan penasihat penjanaan cash flow positif utk menampung perbelanjaan masa depan.

Pn Intan, 32 years old (Batu Caves, Selangor)

Puan Intan mempunyai masalah dengan rumah dia kerana rumah masih mempunyai dua nama (dengan suami), tetapi suami telah meninggal dunia. Masalah ini telah menghentikan hasrat Puan utk jual rumah tersebut atau penukaran nama kepada ibu pun tidak terjadi. Puan Intan menghubungi kita dengan cadangan kawannya utk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nasihat panel lawyer company kami, ahkirnya kita berjaya mengatasi masalah Puan yang telah merunsingkan sebegitu lama. Pada masa sama, kami juga memberi nasihat kepada Puan untuk penukaran nama pemilik rumah dan membina simpanan sekali agar Puan tidak perlu risau kos2 anak untuk melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti masa kelak.

En Nazri, 46 years old (Klang, Selangor)

Kita jumpa dengan En Nazri selepas cuti tahun baru cina di Klang utk menyelesaikan masalah kewangan dia. Ansuran bulanan sudah tidak mampu ditanggung dengan komitmen lebih daripada gaji bersih. Tambahan lagi dengan hutang kredit kads yang digunakan sepenuhnya limit limit yang ada. En Nazri bercadang utk pencen pada tahun 55 dan balik kampung beli tanah dan bina rumah sendiri dengan duit KWSP, tetapi sedar bahawa aliran tunai negatif sedia ada tidak akan tercapai hajat dia. Kami memberi cadangan bagaimana En Nazri blh melabur dengan menggunakan duit Bank supaya hasrat blh tercapai. Dengan pengiraan yang nyata dan tepat, En Nazri bukan sahaja blh tercapai hastrat utk pencen dan bina rumah pada usia 55, malah akan ada satu simpanan yang kita bina utk dia utk kegunaan tertentu selepas pencen. En Nazri sangat puas hati dengan pelan yang kita bentangkan dan walaupun masa tu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), dia ingin jumpa juga untuk loan signing.

Pn Norwati, 42 years old (Kuala Lumpur)

Kita berjumpa dengan Puan Norwati di KFC, Jalan Raja Laut pada pukul 10pm dan berbincang sehingga 1230am. Kita kongsikan segala informasi dari A-Z selama 2.30jam kerana Puan ingin faham lebih lanjut dan sifat ingin tahu. Masa Letter Offer signing baru Puan beritahu bahawa dia pernah refinance rumah pertama dia pada tahun 2018 dan sampai tahun 2020 sekarang belum lagi dapat duit daripada pihak perbankan. Imbas kembali baru paham kenapa Puan bertanya begitu banyak. Puan memerlukan duit cepat utk hantar anak ke sekolah baru utk melanjutkan pelajaran dan juga buat renovation utk rumah. Kami dengan panel lawyer telah mengutamakan case Puan dengan berhubung kerap dengan pihak pejabat tanah dan officer untuk disbursement. Dijangka loan Puan akan disburse dalam masa 3 bulan dan segala perancangan Puan blh dipermudahkan.

En Rahim, 42 years old (Kuala Lumpur)

En Rahim menghubungi kita dengan hasrat utk satukan komitmen dia sedia ada. Kerja professional sebagai ahli teknologi dengan gaji tinggi dan kerja melambak, dia terlalu sibuk terhadap kerjanya dan akan terlupa bayar ansuran-ansuran bulanan dan menyebabkan ansurance bulanan berlainan. (Bank caj pembayaran lewat dan kadar faedah tambahan). Dengan penyatuan dan penyusunan loan-loan yang En Rahim tengah bayar sekarang, dia hanya perlu membuat pembayaran kepada 1 Bank sahaja. Ini telah tolong menjimatkan kerumitan dan masalah yang En Rahim hadapi setiap bulan, juga tolong menjimatkan faedah serta tidak perlu lagi menjawab panggilan daripada pihak perbankan mengenai pesanan peringatan pembayaran ansuran-ansuran yang dia ada.

Pn Rubaidah, 49 years old (Pasir Puteh, Kelantan)

Puan Rubaidah menelefon kita melalui iklan company yang kita buat utk mendapatkan cash out dari rumah yang telah habis bayar. Puan berasal dan menetap di Kelantan dan sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk mentandatangani surat tawaran Bank utk loan refinancing dia. Puan bercadang untuk mengunakan duit dari pembiayaan rumah semula utk membuat pelaburan rumah setelah follow dan join beberapa guru hartanah. Pada akhir bulan 3 ini, loan Puan telah disbursed sepenuhnya dan Puan dapat menikmati pelaburan rumah dengan tawaran lumayan yang diberi oleh pemaju masa covid-19. Pada masa yang sama, puan boleh membuat pengagihan asset dan hartanah kepada anak2 semua daripada duit downpayment yang didapati melalui refinancing rumah tersebut.