Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah/ Refinance Rumah

Pembiayaan semula pinjaman rumah juga dikenali sebagai Refinance adalah peminjaman rumah yang baru untuk ganti loan rumah sedia ada dengan terma yang baru. Secara asasnya ia bermaksud mendapatkan loan baru dari bank berlainan (atau bank yang sama) berdasarkan nilai rumah semasa dan melangsaikan hutang rumah yang lama. Perbezaan antara pinjaman rumah yang baru dengan hutang rumah semasa akan menjadi aliran wang tunai (cash-out) kepada peminjam.

Apa kebaikan pembiayaan semula pinjaman rumah/ Refinance Rumah?

  • Untuk menikmati aliran wang tunai dan keuntungan yang seseorang dapat dari peningkatan harga rumah mereka. Contoh: pembelian rumah pada masa dahulu adalah RM200,000 dan nilai harta rumah sekarang telah meningkat ke RM500,000. Pemilik boleh menikmati keuntungan rumah tersebut tanpa menjual hartanah tersebut dengan menggunakan kaedah pembiayaan semula pinjaman rumah.
  • Untuk mengurangkan kadar faedah yang dikenakan oleh bank terdahulu. Kebanyakkan peminjam yang buat loan sebelum tahun 2010 dikenakan kadar faedah yang tinggi. Pelanggan-pelangan kita dikenakan kadar faedah yang setinggi 9.65% setahun berbanding dengan tahun semasa 2020 ini kadar faedah yang ditawarkan serendah 3.30% sahaja. Perbezaan ansuran untuk kadar faedah 9.65% dengan 3.30% adalah sebanyak RM2,156.93 setiap bulan.
  • Untuk tukar pelan pinjaman semasa mereka. Kebanyakkan pinjaman rumah sebelum ini adalah pinjaman konventional dan bukan pinjaman islamic (shariah compliance). Dengan lebih bank menawarkan Pakej Pinjaman Rumah Islamic sekarang, peminjam boleh tukar pelan semasa mereka daripada konventional kepada Pinjaman Rumah Islamic. Tambahan pula pakej baru seperti pinjaman Full Flexi, Semi- Flexi, Term Loan, Overdraft dan lain-lain. Peminjam harus dapatkan informasi untuk kesemua loan-loan yang sedia ada untuk penilaian mana pinjaman yang paling sesuai untuk mereka.

Contoh Pengiraan cash-out yang boleh diperolehi dari Pembiayaan pinjaman rumah semula/ Refinance Rumah :

Nilai Rumah Semasa

Nilai Rumah Semasa = RM 450,000 (Nilai rumah yang diberi oleh pihak perbankan)

Loan Margin Maksimum

Loan Margin Maksimum = 80% – 90% (Bergantung kepada polisi bank masing masing)

Loan Amaun Baru

Loan Amaun Baru = RM 405,000 (90% X RM 450,000 Nilai rumah semasa)

Hutang Rumah Semasa

Hutang Rumah Semasa = RM 210,000

Kos-Kos (Peguam & Juru Nilai)

Kos-Kos (Peguam & Juru Nilai) = RM 8,100 – RM 12,150 (2%-3% Berdasarkan amaun pinjaman RM405,000)

Cash-Out Yang Diperolehi

Cash-Out Yang Diperolehi = RM 405,000 (Pinjaman Baru) – RM 210,000 (Hutang Rumah Semasa) – RM 12,150 (Kos Peguam & Juru Nilai)

= RM 182,850

Pengiraan Penjimatan dengan Kadar Faedah berlainan:

(Berdasarkan pinjaman rumah amaun RM 450,000 untuk tempoh 35 tahun.):

Kadar Faedah Semasa 4.80% Refinance 4.30% REFINANCE 3.80%
Ansuran Bulanan (RM) 2, 214.02 2, 074.26 1, 808.04
Jumlah Pembayaran
Faedah (RM)
479, 888.40 421, 189.20 309, 376.80
Penjimatan Faedah
Pembayaran (RM)
58, 699.20 170, 511.60

Sesi Perundingan Percuma

 Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai bantuan yang kita boleh beri, anda boleh isi borang secara online di sini dan kita akan hubungi anda dalam hari yang sama.