
Pengurusan Hutang-hutang Perbankan
Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 95,000 individu diisytiharkan muflis pada tahun 2014-2018. Ini bermakna setiap hari lebih daripada 52 individu tidak dapat megurus masalah kewangan dan komitment mereka dan akhirnya diisytiharkan sebagai bankrupt. Pinjaman berlebihan dan pengunaan tidak terkawal dengan menggunakan duit masa depan (pinjaman-pinjaman peribadi dan kegunaan kad kredit) menyeret mereka ke situasi kewangan di mana mereka tidak mampu bayar balik dan mengakibatkan muflis. Pengurusan Hutang dari kaedah sistem perbankan yang sedia ada seperti penyatuan hutang melalui penggunaan pinjaman rumah adalah antara salah satu cara yang amat berkesan untuk menyelesaikan pinjaman tidak terkawal dan juga mengelak daripada situasi ansuran bulanan yang terlampau tinggi.
Kenapa Buat Peyatuan Hutang Melalui Rumah?
- Mengabungkan hutang hutang perbankan yang sedia ada seperti hutang kad kredit, pinjaman peribadi, overdraft, pinjaman kereta dan pinjaman yang lain dimana semua dikenakan kadar faedah yang tinggi berbanding dengan pinjaman rumah. Daripada pembayaran ansuran bulanan kepada akaun-akaun yang berlainan serta amaun dan tarikh pembayaran yang berlainan, penyatuan hutang hanya melibatkan satu akaun yang merangkumi semua pinjaman sedia ada. Selain itu, penyusunan pinjaman dibuat semula dan tidak lagi risau akan terlupa pembayaran kepada sesuatu pinjaman yang tertentu.
- Mengurangkan ansuran bulanan. Pinjaman-pinjaman berlainan seperti pinjaman peribadi mempunyai terma berlainan dimana tempoh dan kadar faedah yang tinggi akan menyebabkan pembayaran ansuran bulanan tinggi. Dengan penyatuan hutang, kadar faedah akan diturunkan dan penyusunan semula tempoh pembayaran menjadikan ansuran bulanan kurang dan fleksibel.
- Untuk melangsaikan hutang hutang yang berfaedah tinggi seperti kad kredit (18% setiap tahun). Pengkompaunan kadar faedah akan mengakibatkan pinjaman dan kegunaan kad kredit yang tidak terkawal (snowball effect) dan lambat laun menjadikan pembayaran penyelesaian hutang kad kredit mustahil.
Contoh Pengiraan Penyatuan Hutang Hutang Melalui Pembiayaan Rumah Semula
- Hutang kad kredit RM 5,000 dengan pembayaran minimum ansuran bulanan RM250 (5% daripada hutang kredit kad semasa)
- Hutang kad kredit RM 13,000 dengan pembayaran minimum ansuran bulanan RM650 (5% daripada hutang kredit kad semasa)
- Pinjaman peribadi amaun RM 25,000 dengan ansuran bulanan RM 1,500
- Pinjaman pembelajaran amaun RM 40,000 dengan ansuran bulanan RM 200
- Pinjaman kereta amaun RM 50,000 dengan ansuran bulanan RM 800
* Berdasarkan tempoh pembayaran dan kadar faedah yang berlainan untuk kesemua pinjaman yang sedia ada
* Ansuran bulanan = RM 3,400 dengan pembayaran kepada 6 akaun bank dengan tarikh pembayaran berlainan
* Selepas penyatuan hutang melalui pembiayaan rumah semula, ansuran adalah serendah RM 600 kepada satu bank sahaja berbanding dengan pembayaran RM 3,400 bulanan kepada bank-bank berlainan.
Satu ansuran bulanan kepada satu bank sahaja!
Secara purata rendah kadar faedah dan pembayaran lebih fleksibel.