Pinjaman Tanpa Cagaran

Pinjaman tanpa cagaran ialah pinjaman yang tidak perlu mengadai sesuatu kepada pihak perbankan untuk mendapatkan pinjaman tersebut. Ini bermaksud peminjam boleh membuat pinjaman dari perbankan berdasarkan status individu dan bank akan memberi amaun pinjaman berdasarkan beberapa faktor seperti pendapatan, pekerjaan, tempoh perkhidmatan pekerjaan, rekod pembayaran dan lain-lain. Pinjaman-pinjaman tanpa cagaran adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan/ bisness dan pendahuluan tunai kad kredit.

531e43269_l

Pinjaman Peribadi

Pinjaman peribadi ialah pinjaman yang secara amnya tempoh pembayaran dalam lingkungan 5 sampai 9 tahun dan seseorang boleh mendapatkan pinjaman (bergantung kepada kelayakkan tersendiri) untuk kegunaan sendiri atau untuk kecemasan untuk sesuatu perkara. Setiap bank mengenakan kadar faedah yang berlainan berdasarkan ciri-ciri peminjam-peminjam.

531432hd69_l

Pinjaman perniagaan / bisnes

Pinjaman Perniagaan / bisnes ditawarkan oleh pihak perbankan kepada golongan yang mempunyai bisnes sendiri untuk meningkatkan modal dan mengembangkan bisnes mereka. Dengan aliran tunai yang secukupnya, bisnes tersebut tidak lagi terhad akibat kekurangan modal untuk mendapatkan projek dan perkembangan bisnes tersebut. Namun ia dikenali sebagai pinjaman perniagaan / bisnes, bank hanya akan memberi pinjaman bisnes kepada golongan yang layak dan penilaian kelayakkan yang digunakan oleh pihak perbankan adalah sangat tegas dan hampir 70% applikasi pinjaman bisnes adalah ditolak.

531432d69_l

Pendahuluan tunai kad kredit

Ini adalah antara cara termudah dan terpantas untuk mendapatkan aliran tunai dari pihak perbankan. Seseorang individu boleh mendapatkan wang tunai dengan kad kredit sendiri di mana-mana mesin ATM sahaja. Namun, kadar faedah yang dikenakan dan caj-caj tertentu yang dikenakan adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kaedah yang lain.

* Akan tetapi, ada beberapa bank yang menawarkan pendahuluan tunai kad kredit dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan faedah tahunan 18%. Pemilik kad kredit boleh menikmati kadar faedah yang tetap untuk pembayaran tempoh tetap untuk suatu amaun pinjaman tertentu. Ini menjelaskan bagaimana pembayaran bulanan seseorang individu terhadap hutang kad kredit dia lebih rendah berbanding dengan individu lain yang mempunyai hutang kad kredit yang sama. Hubungi kami untuk mengetahui lebih informasi berkenaan dengan loan-loan sedia ada yang institut kewangan tawarkan.

Sesi Perundingan Percuma

 Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai bantuan yang kita boleh beri, anda boleh isi borang secara online di sini dan kita akan hubungi anda dalam hari yang sama.