Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah/ Refinance Rumah Kuala Lumpur, Malaysia
Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah, juga dikenali sebagai Refinance Rumah, adalah proses mendapatkan pinjaman perumahan baru untuk menggantikan loan rumah sedia ada dengan terma yang lebih baik. Di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia, proses refinance rumah ini bermaksud memohon loan baru daripada bank yang sama atau bank berlainan berdasarkan nilai pasaran rumah semasa bagi melangsaikan hutang lama. Perbezaan antara pinjaman rumah baru dengan hutang sedia ada akan memberikan aliran wang tunai (cash-out) tambahan kepada peminjam, menjadikan Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah pilihan kewangan yang bijak di Malaysia.
Kebaikan Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah/ Refinance Rumah di Malaysia
- Untuk menikmati aliran wang tunai dan keuntungan yang seseorang dapat dari peningkatan harga rumah mereka. Contoh: pembelian rumah pada masa dahulu adalah RM200,000 dan nilai harta rumah sekarang telah meningkat ke RM500,000. Pemilik boleh menikmati keuntungan rumah tersebut tanpa menjual hartanah tersebut dengan menggunakan kaedah pembiayaan semula pinjaman rumah.
- Untuk mengurangkan kadar faedah yang dikenakan oleh bank terdahulu. Kebanyakkan peminjam yang buat loan sebelum tahun 2010 dikenakan kadar faedah yang tinggi. Pelanggan-pelangan kita dikenakan kadar faedah yang setinggi 9.65% setahun berbanding dengan tahun semasa 2020 ini kadar faedah yang ditawarkan serendah 3.30% sahaja. Perbezaan ansuran untuk kadar faedah 9.65% dengan 3.30% adalah sebanyak RM2,156.93 setiap bulan.
- Untuk tukar pelan pinjaman semasa mereka. Kebanyakkan pinjaman rumah sebelum ini adalah pinjaman konventional dan bukan pinjaman islamic (shariah compliance). Dengan lebih bank menawarkan Pakej Pinjaman Rumah Islamic sekarang, peminjam boleh tukar pelan semasa mereka daripada konventional kepada Pinjaman Rumah Islamic. Tambahan pula pakej baru seperti pinjaman Full Flexi, Semi- Flexi, Term Loan, Overdraft dan lain-lain. Peminjam harus dapatkan informasi untuk kesemua loan-loan yang sedia ada untuk penilaian mana pinjaman yang paling sesuai untuk mereka.
Contoh Pengiraan cash-out yang boleh diperolehi dari Pembiayaan pinjaman rumah semula/ Refinance Rumah :
Nilai Rumah Semasa |
Nilai Rumah Semasa = RM 450,000 (Nilai rumah yang diberi oleh pihak perbankan) |
---|---|
Loan Margin Maksimum |
Loan Margin Maksimum = 80% – 90% (Bergantung kepada polisi bank masing masing) |
Loan Amaun Baru |
Loan Amaun Baru = RM 405,000 (90% X RM 450,000 Nilai rumah semasa) |
Hutang Rumah Semasa |
Hutang Rumah Semasa = RM 210,000 |
Kos-Kos (Peguam & Juru Nilai) |
Kos-Kos (Peguam & Juru Nilai) = RM 8,100 – RM 12,150 (2%-3% Berdasarkan amaun pinjaman RM405,000) |
Cash-Out Yang Diperolehi |
Cash-Out Yang Diperolehi = RM 405,000 (Pinjaman Baru) – RM 210,000 (Hutang Rumah Semasa) – RM 12,150 (Kos Peguam & Juru Nilai)
= RM 182,850 |
Pengiraan Penjimatan dengan Kadar Faedah berlainan:
(Berdasarkan pinjaman rumah amaun RM 450,000 untuk tempoh 35 tahun.):
Kadar Faedah | Semasa 4.80% | Refinance 4.30% | REFINANCE 3.80% |
---|---|---|---|
Ansuran Bulanan (RM) | 2, 214.02 | 2, 074.26 | 1, 808.04 |
Jumlah Pembayaran Faedah (RM) |
479, 888.40 | 421, 189.20 | 309, 376.80 |
Penjimatan Faedah Pembayaran (RM) |
– | 58, 699.20 | 170, 511.60 |